fbpx
}

Waktu Perniagaan

Isnin – Ahad
10.00AM – 9.00PM
Buka Setiap Hari

Alamat

A-6A 1st Floor, Blok A,
Jalan Seluang P8/7,
Bazaar 8,62250 Putrajaya
???????? : ???? ????????? ??

Pada masa kini, ramai yang menggunakan laptop tak kira faktor usia, bangsa dan jantina. Laptop kita sering memainkan peranan harian dalam kehidupan kita sama ada untuk kerja, hiburan, membeli-belah atau apa-apa sahaja. Sama seperti manusia, laptop juga memerlukan penjagaan yang rapi bagi mengekalkan ketahanan untuk jangka masa yang lama. Laptop juga perlu dijaga bagi mengurangkan kos membaikpulih kerana kos membaiki memakan sehingga puluhan atau ratusan ringgit.

Antara tips untuk jaga laptop yang sangat perlu diambil kira ialah ;

Tips jaga laptop dari segi hardware ;

  • Elak mengguna laptop diatas permukaan tidak rata seperti letak atas tilam atau bantal. Ia boleh menyebabkan ruang udara tertutup dan laptop anda boleh jadi terlalu panas. Jadi anda perlu menggunkan laptop anda di tempat permukaan yang rata dan keras seperti meja.
  • Anda perlu elak daripada cas berlebihan kerana bateri adalah salah satu perkara penting dalam sesuatu laptop. Jika anda mengecas berlebihan, jangka hayat bateri menjadi pendek dan kembung. Selain itu, anda perlu elakkan laptop anda kosong tanpa dicas dan biarkan sekurang-kurangnya 50%.
  • Pastikan anda servis laptop setiap 6-8 bulan sekali.
  • Ingin kelajuan yang optimum, anda perlu naik taraf laptop anda dari HDD kepada SSD. Tapi tidak semua laptop sesuai untuk naik taraf:)

Tips jaga laptop dari segi software ;

  • Anda perlu pastikan sentiasa naik taraf Windows anda untuk keselamatan, mengekalkan kestabilan dan boleh mengejar dengan ciri-ciri yang terkini.
  • Windows 7 kini sudah mencapai umur yang matang, jadi anda perlu menaik taraf Windows Defender yang juga telah hampir ke penghujungnya dan dinasihatkan perlu berhati-hati jika anda masih menggunakan Windows 7.
  • Manakala pengguna Windows 8, anda disarankan untuk menaik taraf kepada Windows 10 yang lebih baik dari segi kestabilan kerana Windows 10 telah dilengkapi dengan ciri-ciri seperti Windows Defender yang boleh melindungi laptop anda daripada serangan virus.
  • Jika anda Install software dari sumber yand tidak diketahui, maka anda perlu tahu yang software ini banyak jenis dan ada juga terselit virus. Anda perlu tahu dan kenalpasti jenis software yang anda inginkan. Jika anda ingin install software, anda hanya install software itu sahaja tidak perlu tambah pada software dari satu installer yang sama.
  • Untuk kelajuan, anda perlu rajin untuk buat disk cleanup. Anda pegi local disk c, right click dan pilih properties. Kemudian ada pilihan disk cleanup, tekan situ dan ikut arahan yang diberikan.

Mudahkan? Semoga bermanfaat dari perkongsian ini dapat membantu anda untuk menjaga laptop agar dapat bertahan dengan lebih lama.