MRFIX GADJET adalah satu pusat membaikpulih dan menukar alat ganti seperti telefon pintar. Anda perlu repair ke kedai kami kerana kedai kami ialah secara fizikal. Kami akan memberi warranty setiap pertukaran atau membaikpulih telefon anda. Kami juga menyediakan barang kualiti direct dari kilang iaitu gred ori OEM dan juga gred OLED GX. MRFIX GADJET juga boleh repair secara face to face dan technician akan memberi tahu apa kerosakan telefon anda dengan segera. Technician akan memberi tips kepada anda macam mana penjagaan telefon, jika anda ingin telefon anda lebih selamat digunakan.
Pelbagai jenis telefon yang ditawarkan di pasaran. Antara model paling terkenal ialah APPLE dan SAMSUNG. Tidak kira tua atau muda, pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk memiliki produk ini. Namun, penggunaan yang kerap dalam kehidupan seharian pastinya akan mengurangkan performance telefon anda. Tempoh hayat bateri boleh terjejas pada jangka masa yang lama. Kadangkala, kecuaian menyebabkan telefon terjatuh atau masuk air. Hal ini pastinya merugikan kerana kos membaiki yang tinggi bagi sesetengah telefon.
Jika anda ingin menjimatkan dan mengurangkan kos baiki anda, anda boleh datang ke MrFix Putrajaya kerana di sini kami menyediakan pelbagai servis untuk membaiki telefon anda yang rosak. Kami menawarkan harga yang murah dan berpatutan jadi anda tidak usah risau perihal bajet. Yang penting, servis kami cekap, pantas dan murah. Kedai kami telah beroperasi sejak tahun 2016 lagi dan diyakini oleh ramai pelanggan sebelumnya.
REPAIR TELEFON MRFIX PUTRAJAYA
Pelbagai Kerosakkan Dapat Kami Atasi Segera
Antara kerosakan pada telefon yang boleh diperbaiki termasuklah tukar LCD pecah, masalah kerosakan disebabkan masuk air, menukar bateri, membaiki kerosakan pada camera, laptop tak hidup dan anda terlupa kata kunci kecuali lupa id password iCloud. Kami bukan sahaja menawarkan servis membaiki smartphone sahaja malah Macbook/Laptop juga boleh dibaiki di sini. Tablet yang rosak juga boleh dibaiki tau. Setiap pembaikian akan diberikan waranti.
Baikpulih Kerosakan dalam 24 Jam
Dengan khidmat servis baikpulih secara face-to-face, rata-rata pelanggan telah memberikan review positif kerana sangat berpuas hati dengan perkhidmatan terbaik untuk mereka. Kami mempunyai pakar yang cekap dalam membaiki telefon anda. Setiap kerja dilakukan dengan teliti kerana kami mengutamakan kepuasan pelanggan. Namun, jika kerosakan pada telefon adalah serius, kami mungkin memerlukan 7-14 hari untuk membaik pulihnya.
KELEBIHAN REPAIR DI MRFIX
MrFix Putrajaya tidak sama seperti servis membaiki telefon di kedai lain. Di MrFix Putrajaya, kami mempunyai barisan pekerja yang terlatih. Pekerja kami terdiri daripada juruteknik yang berpengalaman. Semua masalah berkaitan dengan telefon anda mampu diselesaikan. Segala kerja baikpulih telefon dilakukan dengan cekap dan teliti agar pelanggan kami berpuas hati dengan servis yang dilakukan.
TIP PENJAGAAN TELEFON
Mana-mana pengguna telefon sudah semestinya akan mencuba sebaik mungkin untuk menjaga dan memelihara keadaan telefon masing-masing. Semua orang pasti mahukan telefon mereka berfungsi dengan baik dan tidak cepat rosak. Di sini, kami kongsikan beberapa tips buat pengguna untuk memastikan telefon anda tahan lama.
JIKA TELEFON MASUK AIR
Jika telefon anda masuk air jangan panik! Kami ada tips jika telefon anda masuk air 🙂
- Pastikan and matikan device anda
- Anda perlu keluarkan simcard dan sd card jika ada:)
- Jangan cas device anda
- Jangan gunakan hair dryer untuk keringkan
KENAPA BATERI ANDA BOLEH KEMBUNG?
Jika bateri anda kembung, anda perlu menukar bateri baru dan sesetengah bateri telefon harga kos yang sangat tinggi. Jadi kami beri 3 sebab kenapa bateri anda boleh kembung:)
- Anda mengguna cable yang tidak berkualiti
- Anda selalu guna telefon ketika cas
- Anda mungkin terlebih cas ketika cas telefon
Dapatkan Sekarang
Jika anda berminat dengan servis kami, bolehlah hubungi kami di alamat berikut.
MrFix Putrajaya Hotline :Tekan untuk telefon (019-9100531) | Tekan untuk WhatsApp Alamat : Jalan Seluang 8/7, Presint 8, 62250 Putrajaya, Wilayah Persekutuan Putrajaya. Landmark : Atas 99 Speedmart Website : www.mrfix.my/putrajaya